KUALA LUMPUR - Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka talian untuk mengemas kini borang permohonan bagi sesi 2013/2014 bermula 4 hingga 18 Febuari ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu
kenyataan di sini, hari ini, berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian di
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini atau melalui laman web kementerian
di www.moe.gov.my.
Pemohon diminta untuk memasukkan
nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan mengemas kini manakala
mereka yang menggunakan laman web kementerian perlu menggunakan ruangan
e-PERKHIDMATAN berkala.
Keputusan ke program matrikulasi
akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di
laman web kementerian.
Pelajar yang ditawarkan ke
program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan
dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM
kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.
Pelajar boleh menghubungi talian
bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga
4.30 petang pada hari bekerja, jika mempunyai sebarang pertanyaan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan