KUALA LUMPUR - Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.
Menurut Jabatan Meteorologi
Malaysia (JMM), kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak
hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan, dan tempoh penerimaaan
cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.
Walau bagaimanapun, beberapa
kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada
lewat petang dan senja, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Sementara kawasan persisiran
pantai di negeri-negeri pantai barat Semenanjung pula kadangkala akan mengalami
ribut petir, hujan lebat serta angin langkisau yang kuat terutama pada awal
pagi disebabkan pembentukan garis badai di Selat Melaka.
Menurut JMM, pada musim ini akan
berlaku peningkatan frekuensi aktiviti ribut tropika di barat Lautan Pasifik
dan utara Laut China Selatan yang akan menyebabkan kawasan Kudat dan Pantai
Barat Sabah mengalami angin kencang berserta hujan lebat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan