KUALA LUMPUR : Status keputusan
permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi
programpengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh
disemak mulai 12 tengah hari Jumaat.
Menurut kenyataan Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi pada Khamis, semakan
boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am
03-88706755/6766 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No
kad pengenalan) dan SMS ke 15888.
Mereka juga boleh melayari laman
web http://upu.mohe.gov.my, http:jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my,
http://jpt.ums.edu.my, dan http://jpt.unimas.edu.my.
Calon boleh membuat semakan
tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan
atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPT mulai 18 Mei.
Semua calon yang berjaya
dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA/Politeknik Premier
sebelum atau pada 24 Mei dan pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui
Laman Web Rasmi IPTA atau JPP,KPT.
Bagi pemohon yang tidak berjaya,
permohonan e-Rayuan akan dibuka mulai 24 Mei dan boleh kemukakan permohonan
melalui http://upu.mohe.gov.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun
ini. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan