New York, USA
Kunming, China
Seoul, Korea selatan
Pulau Mabul, Sabah
Fenomena yang dikenali sebagai Transit Zuhrah merupakan
fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyediakan perkhidmatan
melihat Transit Venus tersebut secara online di laman web mereka sehingga pukul
12.50 tengah hari Rabu.
Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia
berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.
Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia.
Angkasa turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak
Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing
dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.
Bersempena dengan itu, Planetarium Negara menyediakan
sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat
keajaiban alam ini.
Kali terakhir transfit Venus ini berlaku adalah pada 8 Jun
2004, dan ia dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan