Singapura : Rakyat Singapura yang sering menikmati hidangan burger, kentang goreng dan makanan segera ala-Amerika Syarikat lain berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis dan jantung yang membawa risiko maut, menurut hasil kajian antarabangsa.
Pada masa sama, hasil kajian itu
yang disiarkan dalam jurnal Circulation menyebut bahawa makanan segera tempatan
atau rantau Asia seperti mee atau ‘dumpling’, tidak memberi risiko yang sama.
Disebabkan fenomena globalisasi,
makanan segera ala-Amerika kini menjadi sesuatu yang biasa bagi kebanyakan
penduduk di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kajian dilakukan terhadap lebih
60,000 penduduk Singapura berketurunan Cina.
“Banyak masyarakat asing menerima
(makanan segera Barat) kerana ia satu petanda mereka membangunkan ekonomi,”
kata ketua kajian itu, Andrew Odegaard dari Kajian Kesihatan Awam Universiti
Minnesota.
“Makanan Barat mungkin diterima
lebih baik dari sudut kebudayaan tetapi daripada perspektif kesihatan ia
mungkin kesan buruk,” katanya.
Peserta yang mengambil bahagian
dalam kajian ditemubual pada 1990-an dan tabiat pemakanan mereka dipantau
selama satu dekad. Mereka berusia antara 45 hingga 74 tahun pada permulaan
kajian itu.
Ketika masih dalam tempoh kajian,
1,397 peserta meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan 2,252 lagi
menghidap kencing manis jenis kedua.
Kajian mendapati mereka yang makan makanan segera dua kali atau
lebih seminggu berisiko 27 peratus untuk menghidap penyakit kencing manis dan
56 peratus berisiko tinggi mendapat sakit jantung berbanding mereka yang makan
sedikit atau langsung tidak mengambil makanan segera.
Daripada 811 peserta yang makan
makanan segera gaya Barat empat kali atau lebih seminggu, risiko kematian
akibat sakit jantung meningkat sehingga 80 peratus.
Hasil kajian itu tidak berubah
sekalipun penyelidik mengambil kira faktor lain yang mungkin mempengaruhi
kesihatan termasuk umur, jantina, berat, status merokok dan tahap pendidikan.
Selain itu, rakyat Singapura yang
makan makanan segera ala Barat kebanyakannya adalah golongan muda,
berpendidikan dan aktif secara fizikal dan mungkin tidak merokok berbanding
mereka yang terikat dengan diet tradisional.
Sumber : Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan