Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
Kuala Lumpur : Lebih 90
peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan
Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.
Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh
negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM),
Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam.
Muhamad Khailani adalah Ahli
Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan
Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Malah, kajian itu turut mendapati
lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan
berkenaan.
Kajian dibuat Kementerian
Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan
mengenainya.
Beliau berkata, rata-rata semua
pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke
sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti.
“Kebimbangan utama semua pihak
berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan.
“Berdasarkan pengalaman sekolah,
60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan
ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh
rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan.
“Selain itu, pelajar membawa
anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang
boleh mempengaruhi rakan,” katanya.
Sumber : http :
//www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan