New York : Remaja yang menonton terlalu banyak filem dengan
watak perokok boleh terpengaruh dan menjadi perokok dengan sendiri, kata
sekumpulan penyelidik dalam satu kajian terbaru mereka.
Ketua penulis laporan berkata, keputusan itu menyokong idea
bahawa merokok, kelakuan tidak sopan atau keganasan yang sering dikaitkan dalam
sesetengah filem mampu mempengaruhi tabiat remaja.
“Filem dengan watak perokok memberi kesan buruk jika ia sebuah filem yang boleh ditonton remaja berusia 13 tahun dengan pengawasan ibu bapa (PG-13), berbanding filem kategori R (untuk remaja 17 tahun ke atas).
“Filem dengan watak perokok memberi kesan buruk jika ia sebuah filem yang boleh ditonton remaja berusia 13 tahun dengan pengawasan ibu bapa (PG-13), berbanding filem kategori R (untuk remaja 17 tahun ke atas).
“Lebih banyak remaja melihat cara merokok menjadikan mereka
dilihat seperti bintang filem,” kata Dr James Sargent, dari Sekolah Perubatan
Giesel, di Dartmouth Lebanon, New Hampshire.
Sargent dan rakannya mengira berapa kali sesebuah watak
dilihat merokok dalam setiap lebih 500 filem pecah panggung sejak beberapa
tahun lalu.
Mereka kemudian melakukan soal jawab terhadap 6,500
kanak-kanak di Amerika Syarikat berusia 10 hingga 14 tahun yang dipilih secara
rawak bagi 50 filem ditonton mereka.
Purata adegan merokok dalam filem adalah 275 adegan dari
filem dengan kelas PG-13 dan 93 dari filem R, kata penyelidik berkenaan dalam laporan
mereka di Pediatrics.
Temubual dengan kanak-kanak yang menonton filem sarat adegan
merokok untuk memilih tabiat mereka sendiri.
Bagi setiap 500 adegan merokok tambahan dilaporkan dalam
kajian awal, remaja terbabit berkata, sebanyak 33 hingga 49 peratus cuba meniru
sepanjang dua tahun lalu.
Kesan terhadap adegan merokok tidak penting berbeza bagi
filem PG-13 dan R. Kumpulan Sargent menganggarkan bahawa jika secara automatik
sesebuah filem adalah kelas R, bilangan remaja yang cuba merokok menurun
sebanyak 18 peratus. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan