Al Ain : Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang
pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa
kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan
dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira
bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca
daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka
terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan
dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen.
Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah dan menghalang aliran oksigen
yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah
menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan
tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan
kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati
dalam perkara ini, kata Dr Minhas.
Sumber : Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan