Shahril menunjukan alat pengesan
SchoolTrac bagi atasi kes ponteng.
Oleh : Mohd Zaky Zainuddin
SchoolTrac kesan pergerakan
pelajar
Sekolah dan ibu bapa kini tidak
perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan produk Schooltrac yang
akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka menerusi khidmat
pesanan ringkas (SMS) atau e-mel. Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan
dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan
pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.
Sistem dalam talian
Kad Schooltrac mengandungi cip
dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan
guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS.
Produk itu diperkenalkan di
negara ini oleh sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan, ABRA Corp Sdn
Bhd yang menggunakan sistem dalam talian. Ia dapat memantau status kehadiran
pelajar,selain merekodkan kehadiran pelajar di sekolah.
Pengarah Projek ABRA Corp, Mohd
Shahril Mahmud, berkata ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel daripada pusat
data setiap kali pelajar memasuki atau keluar dari sekolah pada masa sebenar
dalam tempoh satu atau dua saat.
Katanya, ibu bapa hanya perlu
membayar yuran bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan itu di sekolah yang
melanggan aplikasi berkenaan.
Setakat ini, 20 sekolah sekitar
Lembah Klang bekerjasama dengan ABRA Corp untuk menggunakan peranti SchoolTrac.
“SchoolTrac juga alat yang boleh
mengurangkan penggunaan kertas kerana semua maklumat kehadiran dicatatkan
secara automatik dalam komputer menerusi pancaran sistem produk berkenaan.
“Ia menggunakan teknologi Korea
tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan di Malaysia oleh
ABRA Corp sendiri,” katanya.
Mohd Shahril berkata, pada masa
ini pihaknya sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan
SchoolTrac di semua sekolah di seluruh negara.
“Kami mengharapkan SchoolTrac
akan terus berkembang menerusi kerjasama dengan kementerian,” katanya.
ABRA Corp menetapkan sasaran
langganan di sebanyak 200 sekolah di Lembah Klang dalam tempoh setahun.
INFO Schooltrac :
Peranti pengesan pelajar
Berbentuk kad pelajar
Atasi masalah ponteng sekolah
Yuran bulanan RM10 untuk ibu bapa
Pemasangan percuma untuk sekolah.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan