London : Seorang pereka
cipta terkenal United Kingdom memberi amaran bahawa 'generasi Google' yang
bergantung dengan internet untuk semua perkara berkemungkinan 'mati otak.'
Trevor Baylis yang memperkenalkan
radio permainan berkata, kanak-kanak kehilangan kreativiti dan kemahiran
praktikal akibat menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin.
Pencipta berusia 75 tahun dari
barat daya London di Twickenham berkata, beliau bimbang generasi pencipta akan
datang bakal hilang kerana golongan muda sering gagal membuat apa saja dengan
tangan mereka, lapor akhbar Daily Mail.
Katanya, kanak-kanak bakal menemui
semula kemahiran penting jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti
‘Meccano’ iaitu sistem pembinaan model.
Perlu belajar kemahiran
“Kanak-kanak perlu diajar
kemahiran dan bukan terlalu bergantung dengan telefon bimbit atau komputer.
“Mereka seharusnya menggunakan
komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada
hari ini dan menghabiskan masa duduk di sana.
“Mereka terlalu bergantung dengan
pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan ‘mati otak’ jika
mereka terlalu bergantung dengan internet kerana mereka tidak berupaya
melakukan sesuatu dengan cara lama,” kata Baylis. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan