KUALA LUMPUR - Keputusan
ujian Malaysian University English Test (Muet) bagi sesi November 2012 akan
dikeluarkan 8 Januari depan, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari
ini.
Seramai 75,634 orang menduduki
ujian itu.
Calon yang mendaftar di sekolah
atau institusi boleh mendapat keputusan di sekolah atau institusi masing-masing
mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
"Calon juga boleh menyemak
keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUETRESULT dan dihantar ke 15888, mulai pukul 12:01
tengah malam 8 Januari atau melalui online dengan melayari portal MPM iaitu
http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," kata
kenyataan itu.
Bagi calon yang mahu membuat
semakan semula keputusan mereka, boleh berbuat demikian dengan membuat bayaran
sebanyak RM70 . Tarikh tutup rayuan adalah pada 14 Januari.
Maklumat lanjut boleh diperoleh
melalui laman web MPM di www.mpm.edu.my.
Bagi calon yang ingin mengambil
semula MUET atau memperbaiki keputusan, mereka boleh membuat pendaftaran untuk
sesi Mac 2013 secara online melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan