PUTRAJAYA 22 Feb. -
Peserta Panama, Derrick Fernando Jaramillo dinobatkan juara Pertandingan Pidato
Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 bagi Kategori
Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
di sini malam ini.
Peserta dari Malaysia, Mohd.
Ikhwan Mohd. Rosseli pula muncul juara Kategori Nusantara pada pertandingan
peringkat akhir yang melibatkan lapan peserta itu.
Hadiah kemenangan disampaikan
oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mewakili
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis tersebut.
Johan bagi kedua-dua kategori
membawa pulang wang tunai bernilai RM21,700, Piala Perdana Menteri, piala
iringan, hadiah dan sijil.
Naib johan Kategori Antarabangsa
dimenangi peserta dari China, Zhang Yaqi manakala tempat ketiga menjadi milik
peserta Jordan, Abdel Rahman Ibrahim Sulieman.
Bagi Kategori Nusantara, peserta
Indonesia, Muhammad Zulfadhli Razali memenangi tempat kedua manakala tempat
ketiga jatuh kepada Adi Ismat Lamat dari Brunei.
Mereka masing-masing membawa
pulang hadiah wang tunai RM15,500 dan RM9,300 beserta piala iringan, hadiah dan
sijil untuk tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori.
Pertandingan peringkat akhir
malam ini menyaksikan lapan peserta iaitu dari Malaysia, Indonesia, Brunei,
Panama, China, Jordan, Afghanistan dan Jerman mempamerkan kemahiran berpidato
masing-masing.
PABM edisi ketujuh itu
menyaksikan penyertaan seramai 77 peserta daripada 72 negara. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan