Sepanjang persidangan, Dewan Negara meluluskan 21 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan rang undang-undang berkaitan keselamatan yang mencetuskan perdebatan hebat iaitu Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Empat lagi rang undang-undang berkaitan keselamatan yang
diluluskan tanpa pindaan ialah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan)
2012; Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012; Rang
Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 dan Rang Undang-Undang Laut
Wilayah 2012.
Turut diluluskan Rang Undang-Undang Pembayaran dan
Adjudikasi Industri Pembinaan 2011; Rang Undang-Undang Pengantaraan 2012 dan
Rang Undang-UndangInstitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
2012, yang berfungsi membantu pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan
raya secara teratur.
Selain itu, tiga rang undang-undang berkaitan kewangan iaitu
Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012; Rang Undang-Undang Laporan
Kewangan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012
juga diluluskan tanpa pindaan.
Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Rukun
Tetangga 2012, Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012, Rang
Undang-Undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 dan Rang
Undang-Undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012.
Tiga rang undang-undang berkaitan universiti juga diluluskan
tanpa pindaaniaitu Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
2012, RangUndang-Undang Tinggi Swasta (Pindaan 2012) dan Rang Undang-Undang
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012.
Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
2012 serta RangUndang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 juga
diluluskan tanpa pindaan.
Persidangan hari terakhir juga menerima penarikan balik
pindaan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang sebelum ini diluluskan
Dewan Rakyat pada 19 April lepas.
Persidangan kali ini turut menyaksikan pelantikan semula
Mohd Khalid Ahmad sebagai Anggota Dewan Negara dan pelantikan baru Pengerusi
Koperasi Gula Perlis Abdul Shukor Mohd Sultan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan