Isnin, 26 November 2012

ISU BAHASA : Bahasa Melayu terabai dalam pentadbiran


GEORGETOWN - Ahli masyarakat termasuk pemimpin dan orang kenamaan mula mengabaikan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran.

Pengarah Penerbitan  Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar berkata, ada juga golongan yang sering mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam percakapan.

“Gejala ini bermula dengan perkataan, kemudian ayat dan terus menular ke peringkat perenggan,” katanya sewaktu sesi pembentangan kertas kerja bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kalangan orang yang berkuasa dalam politik juga tidak memahami cara menggunakan bahasa yang sedang berkembang malah menganggap bahasa Melayu patut dikorbankan dan digantikan  dengan bahasa Inggeris untuk menguasai bidang sains dan teknologi.

“Golongan ini tidak sedar jika bahasa  tidak dikembangkan untuk menguasai ilmu maka ia juga tidak akan berkembang dalam bidang pentadbiran.

“Mereka tidak memandang berat terhadap usaha membina bahasa sendiri untuk ilmu yang dikehendaki. Inilah mentaliti minda yang sedang dijajah secara sedar yang mudah terseret ke dalam imperialisme linguistik dan turut membantut perkembangannya,” katanya.

Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan