LONDON 4 Mac - Adakah anda duduk dengan selesa? Lebih baik jangan, kerana bukti
perubatan mendapati duduk terlalu selesa boleh mengurangkan jangka hayat anda.
Kerusi yang boleh meletak tangan, kerusi pejabat dan sofa
sebenarnya boleh mengundang bahaya.
Duduk yang lama di kerusi berkenaan boleh meningkatkan bahaya
kerana ia dikaitkan dengan beberapa wabak moden yang bertoksik daripada kanser,
sakit jantung dan tekanan darah tinggi sehinggalah kepada angin ahmar.
Minggu lalu, penyelidik dari Universiti Leicester dekat sini
melaporkan, masa yang dihabiskan dengan duduk dipercayai akan meningkatkan
risiko.
Katanya, perbuatan itu menyebabkan tubuh manusia mengumpulkan paras
tertinggi gula dan lemak berbahaya di dalam aliran darah anda, sekali gus
meningkatkan risiko diabetes tahap dua.
Kerusi nampaknya seperti calon ganjil untuk termasuk dalam senarai
gaya hidup berbahaya seperti minuman keras, rokok dan dadah.
Orang ramai kini didapati menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari
untuk duduk sama ada di tempat kerja mahupun menonton televisyen, berbeza
dengan apa yang berlaku sebelum zaman pertengahan Eropah dengan perbuatan itu
sering dikaitkan kepada aktiviti golongan bangsawan.
Satu lagi penyelidikan pada bulan lalu oleh University of Western
Sydney ke atas lebih 60,000 lelaki pertengahan umur mendapati mereka yang duduk
lebih dari empat jam sehari cenderung untuk mengalami penyakit kronik seperti
barah, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi,
Ketua Penyelidik, Emma George berkata, kadar penyakit kronik yang
dilaporkan oleh responden meningkat semakin banyak dengan masa duduk yang
semakin panjang.
Mereka yang duduk lebih 11 jam sehari akan meningkatkan risiko
sebanyak 40 peratus untuk mati dalam masa tiga tahun akan datang berbanding
yang duduk selama empat jam sehari. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan