NEW YORK -
Bilionair dari Mexico, Carlos Slim yang merupakan taikun telekomunikasi America
Movil dan pemilik kumpulan Grupo Carso mengekalkan kedudukan individu terkaya
untuk tahun keempat berturut-turut dengan jumlah kekayaan dianggarkan bernilai
AS$73 bilion (RM226.48 bilion).
Kekayaannya meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) berbanding pada
tahun lepas.
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates dari Amerika Syarikat
menduduki tempat kedua diikuti pemilik rangkaian pakaian jenama Zara, Amancio
Ortega dari Sepanyol.
Senarai kekayaan itu dikeluarkan majalah Forbes kelmarin.
Gates yang menduduki tempat kedua mempunyai anggaran kekayaan
sebanyak AS$67 bilion (RM207.8 bilion) iaitu meningkat sebanyak AS$6 bilion
(RM18.6 bilion) berbanding tahun 2012.
Ortega pula berjaya melonjak ke tempat ketiga dengan anggaran
kekayaan sebanyak AS$57 bilion (RM176.8 bilion).
Slim and Gates mengekalkan kedudukan nombor satu dan dua sebagai
individu terkaya di dunia sama seperti pada tahun lepas.
Senarai individu terkaya di dunia kini meningkat kepada 1,426 orang
termasuk 210 muka baharu.
Terdapat juga peningkatan ketara jumlah bilionair wanita yang kini
berjumlah seramai 138 orang berbanding tahun lepas yang mencatatkan jumlah 104
orang.
Individu terkaya di Asia masih milik Li Ka-Shing dari Hong Kong
dengan jumlah kekayaan dianggarkan bernilai AS$31 bilion (RM96.1 bilion). - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan