Jamalul Kiram III |
KUALA LUMPUR : Jamalul
Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah
serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah
tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan
salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram
111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul
Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan
bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan
"waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam
"Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran
bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara,
kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat
mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami
sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III
merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak
menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II
mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan
dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah.
Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara
tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak
menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah
Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris
berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan
Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan
waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang
mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara
langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah
Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman,
Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T.
Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul
Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana
sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA
Keturunan pengganas, lanun dan yang sealiran dengannya memang tak layak hidup di bumi Malaysia ni.
BalasPadamsemenanjung tak layak hidup untuk mengambil tanah sabah.siapa yang mengambil dia juga pengganas. sabah negeri terkaya di dunia.
BalasPadamsemenanjung itu adalah lanun.
BalasPadam