"Semoga ibu bapa redha
dengan keputusan anak-anak esok dalam SPM dan membanyakkan bersyukur dan
membuang sifat riyaa, ujub dan takabur. Fokus kepada akidah, ibadah dan akhlak
anak-anak bukan hanya pencapaian di dunia. Semoga dengan keputusan yang
diperoleh membolehkan anak-anak memberi manfaat dalam mengejar makna
kehidupan. Jika keputusan tidak seperti yang kita mahukan, kita mesti yakin
bahawa kesemuanya Allah sudah takdirkan
. Yang penting apa yang kita pelajari daripada
keputusan itu dan bagaimana kita mendekatkan diri dengan Allah. Jangan
sekali-kali kita memandang rendah atau marah kepada anak jika keputusan tidak
cemerlang. Akademik bukan segala-galanya. Jom redha dan syukur sentiasa dan
fokus kepada solusi bukan masalah."
(Prof Dr Muhaya Muhammad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan