Oleh Norrasyidah Arshad
SHAH ALAM: Lebih
7,000 pelajar di bawah program perintis Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dilaksanakan pada 2010, akan menamatkan
pengajian pada peringkat diploma tahun depan.
Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata
pelajar terbabit dipilih daripada keluarga miskin di seluruh negara untuk
mengikuti pengajian dengan dibiayai sepenuhnya oleh dana MDAB yang dikendalikan
UiTM.
atanya, mereka
akan menamatkan pengajian pada peringkat diploma dalam beberapa bidang
antaranya Pengajian Perniagaan, Pengajian Perbankan dan Pengajian Pengurusan
Pejabat.
“Pelajar terbabit
membuktikan mereka mampu menguasai bidang pengajian yang diambil serta
menggunakan peluang menyambung pengajian yang ditawarkan melalui program MDAB
dengan sebaiknya,” kata beliau kepada pemberita setelah melepaskan peserta
Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB1M) fasa kedua di sini, semalam.
MDAB adalah satu
daripada program di bawah tanggungjawab sosial (CSR) UiTM bertujuan membantu
mereka yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
di UiTM.
Mengenai siri
jelajah itu yang bermula semalam ke 88 lokasi di seluruh negara sehingga 26 Mei
ini, ia dijayakan 70 sukarelawan termasuk pelajar UiTM, alumni dan sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).
Katanya, mereka
akan membuka kaunter di tempat tumpuan ramai termasuk perhentian bas dan pasar
bagi menyebar maklumat mengenai MDAB.
“Selain mengenal
pasti golongan sasaran, program ini memfokuskan kepada elemen memberi kesedaran
mengenai kepentingan mendapatkan pendidikan lebih tinggi untuk memperbaiki
taraf kehidupan.
“Kami menyasarkan
kemasukan 5,000 pelajar bagi setiap semester. Mereka yang berminat boleh datang
di kaunter dengan membawa salinan kad pengenalan dan keputusan peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2009 dan ke atas.
“Mereka mesti
terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan,”
katanya sambil menambah program itu yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak bertujuan menterjemahkan aspirasi beliau dalam membantu rakyat yang
kurang berkemampuan.
Hadir sama,
Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohammad Khairi A Malik, wakil
penaja program JDAB1M iaitu dari Affin Bank, syarikat tekstil Jakel Silk House
dan KUB Berhad.
JDAB1M singgah di
Negeri Sembilan semalam, diikuti Johor hari ini, Kuala Lumpur (11 Mei),
Selangor (12 dan 13 Mei), Perak (13 hingga 16 Mei), Pulau Pinang (17 Mei),
Perlis (18 Mei), Kedah (18 dan 19 Mei), Kelantan (21 Mei), Terengganu (22 Mei),
Pahang (23 Mei), Melaka (24 Mei) dan terakhir di Sabah pada 26 Mei.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan