SHAH ALAM - Kira-kira 47 peratus daripada pekerja muda mengalami masalah hutang yang serius, demikian menurut satu kajian kendalian pertubuhan bukan kerajaan kepenggunaan, Pusat Kajian dan Sumber Pengguna (CRRC).
Penemuan pusat
itu juga menunjukkan bahawa bayaran bulanan hutang pekerja-pekerja muda 30
peratus atau lebih daripada pendapatan kasar.
Malah menurut
CRRC, kajian mereka juga menunjukkan seramai 37 peratus mengakui bahawa mereka
berbelanja di luar kemampuan mereka.
Dalam satu
kenyataan dikeluarkan, CRRC menambah, seramai 15 peratus pekerja muda tidak
mempunyai simpanan langsung.
"Bagi yang
mempunyai simpanan, sekiranya mereka berhenti bekerja (atas beberapa sebab
tertentu), secara purata hanya mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung
keperluan selama empat bulan," tambah pusat itu yang mengendalikan kajian
berkenaan dengan perilaku dan sikap pekerja muda.
Secara purata,
katanya, pembelian menggunakan kad kredit adalah RM702 sebulan.
Menyenaraikan
penemuan-penemuan lain, CRRC berkata, seramai 37 peratus tidak pernah terfikir
tentang persediaan untuk persaraan.
"Bagi yang
pernah memikirkan tentang persediaan untuk persaraan, 60 peratus tidak begitu
berpuas hati dengan persediaan mereka," katanya lagi.
Malah kajian
pusat itu juga menunjukkan bahawa 43 peratus memberikan kurang mempunyai
pengetahuan kewangan.
"Secara
amnya, pekerja muda memberikan skor yang rendah untuk tahap pengurusan kewangan
diri mereka sendiri. (skor purata 2.75 pada skala 1 hingga 4 di mana 4 ialah
pengetahuan pengurusan kewangan yang lemah)," kata CRRC lagi.
Kaji ini
dijalankan bagi pihak Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna
Malaysia.
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan