Tahukah anda? Semua orang tanpa
mengira jantina, bangsa dan usia berisiko untuk menjadi mangsa kepada pencopet
di ATM.
Jenayah samun di ATM
Kekerapan orang ramai menggunakan
perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi
memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.
Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di
ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini
perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar.
Jika ingin mengeluarkan wang di
ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang
ramai untuk mengelak jenayah ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd
Shukri Dahalan berkata, kelalaian segelintir pengguna ATM yang kurang peka
untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan ATM
ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan
kegiatan ini.
“Segelintir pengguna kurang peka
untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di ATM. Mereka
mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin
keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri
dari ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas”, katanya.
Keselamatan nombor pin ATM
Orang ramai dinasihatkan agar
jangan menyimpan nombor pin bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan atau
menulis nombor pin di atas kad ATM Ini adalah untuk mencegah daripada nombor
pin terdedah kepada orang yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.
Adalah dinasihatkan agar nombor
pin yang dipilih itu bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir.
Ketika berada di ATM untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar
memasukkan nombor pin dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh
orang yang berdiri di barisan sebelah atau yang beratur di belakang kita.
Sasaran mangsa si penyamun
-Orang yang dapat gaji pada hujung bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di ATM
-Orang yang mengambil wang pada waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa
yang tetap seperti ahli perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika
di ATM
Tip pencegahan
-Keluarkan wang ketika waktu ramai orang seperti
waktu makan tengah hari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang
berada di kawasan ATM, segera hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang
lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi
di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat
transaksi.
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan