KUALA KANGSAR :
Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini,
kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata,
kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan15,831 lepasan
Diploma.
"Guru-guru
boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini,"
katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini,
Rabu.
Beliau berkata,
selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan,
peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan
kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.
Katanya, melalui
skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan
untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun
untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.
Muhyiddin berkata,
bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahundiperlukan untuk naik ke
gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk
gred DGA34 ke DGA38.
Beliau berkata,
lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke
gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).
Katanya, bagi
guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34
(2,639) dan DGA32 (9,519).
Beliau berkata,
proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari
DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.
"Setakat ini
seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270
Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.
Muhyiddin
berkata, kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang
merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku
jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1
Januari 2012.
Katanya, seramai
430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52dan seramai 2,655
baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan
secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.
"Bagi melaksanakan
urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah
memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan
kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal
insan yang berpersonaliti unggul," katanya.
Selain itu,
Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah
di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang
tahun 2015.
Katanya, sehingga
kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada
66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di
institusi pengajian tinggi. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan