KUALA KANGSAR 16 Mei - Bekas Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Omar Mohd. Hashim dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan
Pendidikan Kebangsaan 2012, manakala empat lagi warga pendidik dipilih sebagai
Tokoh Guru Kebangsaan 2012 sempena sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-41 di sini hari ini.
Penerima Tokoh Guru Kebangsaan 2012 ialah bekas Pengarah
Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; Ahli Pemegang Amanah Yayasan
Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK)
Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd. Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur 2010, Lim Ai Lee @ Lim Irene.
Pada sambutan tahun ini, satu anugerah baru turut
diperkenalkan iaitu Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012 dan ia menjadi milik
pengasas Sekolah Kadir Adabi dan sekolah Wadi Sofia, Datuk Hassan Harun.
Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan
wang tunai sebanyak RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan