KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada Rabu menyambut baik cadangan kerajaan untuk mewajibkan semua guru baru memiliki ijazah menjelang tahun 2020 sebagai syarat menyertai profesion perguruan.
Presidennya Hashim Adnan berkata langkah tersebut bagi
memastikan guru baru yang terpilih untuk mengajar di sesebuah sekolah merupakan
mereka yang benar-benar mempunyai kualiti sebagai seorang pendidik.
"Ia cadangan yang bagus malah pada saya tempoh 2020
wajar diawalkan kepada 2017 berdasarkan sistem pendidikan yang jauh lebih baik
disediakan kerajaan pada hari ini, sebagai contoh peluang yang disediakan
kepada bakal guru untuk menyambung pengajian tanpa perlu membuat sebarang
bayaran.
"Justeru, sebaik sahaja tamat pengajian dalam tempoh
tiga hingga empat tahun mereka (guru baru) boleh keluar dan terus mengajar di
tempat yang ditetapkan dengan kelayakan ijazah yang diperoleh," katanya
kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa
Inggeris hari ini berhubung beberapa cadangan yang terkandung dalam Pelan
Pendidikan Strategik Interim: Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2012.
Antara kandungan laporan tersebut termasuklah mewajibkan
setiap guru baru memiliki ijazah menjelang tahun 2020 serta pemberian biasiswa
pendidikan kepada guru cemerlang yang mendapat purata gred 3.0 ketika pengajian
bermula tahun depan.
Selain itu, ia turut menyentuh mengenai khidmat bantuan
jurulatih kepada guru baru, program latihan yang melibatkan agensi tempatan dan
antarabangsa, menggalakkan guru baru menceburkan diri dalam bidang
kemasyarakatan serta pendidikan formal kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Hashim dalam masa yang sama mengalu-alukan cadangan kerajaan
memberikan bantuan jurulatih dan biasiswa pendidikan kepada bakal guru yang
memperoleh keputusan cemerlang ketika pengajian kerana ia menggalakkan golongan
tersebut menjadi pendidik yang bertanggungjawab dan berdaya saing.
Ketika diminta mengulas mengenai cadangan menyediakan
pendidikan formal seawal usia lima tahun bagi kanak-kanak di negara ini, Hashim
berkata ia merupakan pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka pada usia
yang lebih awal atau sebaliknya ke sekolah.
"Pendidikan adalah bebas dan bersifat pilihan
individu...maka ia terpulang kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka sewal
usia lima atau enam tahun ke sekolah bergantung kepada kemampuan dan juga
keupayaan kanak-kanak itu sendiri.
"Saya menyokong sekiranya ibu bapa mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan formal seawal usia lima tahun namun dalam masa yang sama tahap keupayaan setiap kanak-kanak adalah berbeza...dalam isu ini unsur paksaan tidak harus berlaku terhadap anak-anak oleh ibu bapa," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Guru-Guru Melayu Malaysia
Barat, Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata cadangan mewajibkan semua guru baru
mempunyai ijazah menjelang tahun 2020 merupakan satu pendekatan yang positif
kerana pendidikan merupakan intipati penting dalam pembangunan negara untuk
jangka masa panjang.
Katanya, dalam konteks dasar langit terbuka pada hari ini
peranan pendidik sangat diperlukan bagi membantu ibu bapa memantau aktiviti
anak mereka terutama ketika berada di kawasan sekolah.
"Jika kita masih mengambil guru yang kurang ilmu, saya
bimbang mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik sekaligus tidak
dapat menangani masalah dan memimpin murid ke arah yang lebih baik.
"Mengenai pemberian biasiswa, ia merupakan inisiatif yang baik kerana di samping menghargai kecemerlangan mereka, kita juga secara tidak langsung berupaya melahirkan golongan pendidik yang mampu bersaing dengan kelebihan yang ada pada pendidik negara luar seperti di Singapura, Korea Selatan dan Jepun," katanya.
Mohamed Sabri turut menasihatkan guru-guru baru diberikan pendedahan yang lebih meluas dalam isu kemasyarakatan bagi mengelakkan mereka menghadapi sebarang kesulitan apabila dihantar bertugas ke sesebuah daerah apabila diarahkan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Nasional (PIBGN)Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata sama ada seorang guru
baru itu mempunyai ijazah atau tidak bukanlah menjadi perkara utama sebaliknya
sikap dan profesionalisme golongan itu yang wajar dijadikan keutamaan.
"Pihak kami tidak mempunyai halangan berhubung cadangan tersebut namun apa yang penting adalah sikap guru itu sendiri yang mampu menjalankan tugas mereka dengan baik berasaskan tiga perkara iaitu ASK 'Attitude, Skills dan Knowledge (Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan)'.
"Profesionalisme seorang guru sangat penting kerana bukan ijazah berjela yang kami pihak PIBG pandang tapi tahap dedikasi mereka terhadap profesion perguruan termasuklah dalam aspek mengajar, kesabaran serta proaktif," katanya.

Mohd Ali berkata mempunyai ijazah asas dalam jurusan sama
seperti yang diajar juga perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan guru berasa
terbeban dan keliru dengan mata pelajaran yang diajar.
Selain itu, katanya, guru baru sememangnya diharapkan dapat
melibatkan diri mereka dalam bidang kemasyarakatan kerana tugas sebagai
pendidik bukan sahaja terhad di sekolah. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan