Lebih pendek masa tidur seseorang rasa lapar bertambah
Washington : Tabiat tidur seseorang mampu menjejaskan kawalan
berat badan dan kurang tidur dikaitkan dengan memberi kesan bukan hanya berapa
banyak kalori yang kita ambil tetapi juga berapa banyak tenaga yang dibakar,
kata satu kajian terbaru. Sejak beberapa tahun lalu, beberapa kajian
epidemiologikal mendapati ada kaitan antara berapa lama tidur seseorang dan
obesiti selain diabetes jenis kedua, yang merumuskan bahawa kurang tidur
menambahkan risiko untuk menambahkan berat badan dan menyebabkan penyakit
kencing manis.
Kajian oleh penyelidik Universiti Tubingen and Lubeck di
Jerman dan Universiti Uppsala di Sweden menunjukkan kesan tidur yang singkat
boleh meningkatkan rasa lapar selain penggunaan tenaga serta aktiviti fizikal
tubuh seseorang.
Aktiviti fizikal diukur dengan alat khas yang dipakai pada
pinggang untuk mengesan pecutan. Tenaga digunakan badan dinilai secara tidak
langsung oleh kalorimetri, satu alat yang menganggarkan jumlah kepanasan
dikeluarkan oleh seseorang ketika mereka menggunakan oksigen.
Kurang tidur akan meningkatkan rasa lapar selain turut
menambahkan jumlah ‘hormon lapar’ ghrelin yang dikesan dalam darah seseorang.
Lebih pendek masa tidur seseorang, mereka akan mengalami
lebih rasa lapar.
Berjaga selama satu malam juga akan mengurangkan jumlah
tenaga digunakan oleh badan apabila berehat.
Kajian ini memaklumkan apabila kita kurang tidur, kita akan
makan lebih banyak disebabkan rasa lapar. Ini boleh menyebabkan kita bertambah
berat badan.
Bagaimanapun kurang tidur juga menyebabkan kita kurang
membakar kalori yang menjadi tambahan kepada penambahan berat badan.
Kajian berterusan bertujuan untuk mengetahui jika menambahkan
waktu tidur boleh membantu usaha mengawal berat badan.
Walaupun masih ada cara untuk menambahkan waktu tidur bagi
merawat obesiti dan diabetes, keputusan penyelidikan sedia ada jelas menyokong
tanggapan bahawa tidur membabitkan keseimbangan antara jumlah kalori yang kita
ambil setiap hari dan jumlah yang digunakan melalui aktiviti dan metabolisme.- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan