Oleh ZIN MAHMUD
Perbezaan antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia adalah
antara lainnya kecenderungan penggunaan perkataan yang asal-usulnya berbeza.
Bahasa Indonesia cenderung menggunakan perkataan yang asalnya daripada bahasa
Sanskrit. Sementara Bahasa Malaysia dari bahasa Arab.
Umpamanya, ideologi negara Indonesia dinamakan Pancasila,
perkataan asal daripada bahasa Sanskrit. Di Malaysia dinamakan Rukun Negara.
Rukun asalnya daripada perkataan bahasa Arab.
Kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia adalah bahasa
Melayu. Cumanya bahasa Melayu di Indonesia dipengaruhi kuat oleh bahasa Sanskrit kerana kedudukan
tamadun Jawa yang dipengaruhi Hindu-Buddha berasaskan bahasa Sanskrit amat
kuat.
Sementara bahasa Melayu di Malaysia berpaksikan Kesultanan
Melayu di Melaka telah dipengaruhi dengan Islam hingga bahasa Arab menggantikan
bahasa Sanskrit sebagai bahasa ilmu.
Itu asasnya. Apabila penjajah Inggeris dan Belanda
membahagikan wilayah Melayu menjadi dua iaitu Indonesia dan Malaysia, maka
bahasa di kedua-dua negara juga berkembang secara berpisah. Maka banyaklah
perkataan Inggeris masuk ke dalam Bahasa Malaysia, dan istilah Belanda masuk ke
Bahasa Indonesia.
Maka istilah kantor, kamar dan koran yang asalnya Belanda
menjadi perkataan dalam Bahasa Indonesia. Sedangkan di Malaysia, ia menggunakan
istilah pejabat, bilik dan akhbar.
Katakanlah dulu proses Islamisasi tidak berlaku di
Indonesia, maka bahasa Melayu antara kedua-dua negara akan menjauh. Bahasa
Indonesia akan penuh dengan perkataan Sanskrit dan Bahasa Malaysia penuh dengan
bahasa Arab.
Maka Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia jadi seperti Hindi
dan Urdu. Ia asalnya merupakan satu bahasa. Jadi apabila kerajaan Moghul
memerintah India, maka banyaklah istilah Parsi yang masuk ke bahasa itu.
Muncullah bahasa Urdu.
Kini bahasa rasmi Pakistan ialah Urdu, yang penuh dengan
istilah Parsi. Sementara Hindi menjadi bahasa rasmi India, penuh dengan
perkataan Sanskrit.
Selama ini penutur Urdu dan Hindi boleh memahami satu sama
lain tetapi akhirnya akan berpisah jauh dan satu hari mungkin tidak akan lagi
memahami di antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi tulisan kedua-duanya
berbeza. Urdu menggunakan tulisan jawi Parsi sementara Hindi menggunakan
tulisan Devanagari.
Begitu juga dengan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia akan
berpisah jauh kerana perbezaan istilah yang akhirnya membuat penuturnya tidak
memahami di antara satu sama lain.
Lebih-lebih lagi jika bahasa Belanda mempengaruhi kuat ke
atas Bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris ke atas Bahasa Malaysia. Tambahan
pula dengan perbezaan tulisan. Ketika Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun
1945, tulisan Bahasa Indonesia adalah rumi sedangkan bahasa Melayu di Malaya
menggunakan tulisan Jawi.
Hanya setelah negara ini mencapai kemerdekaan barulah usaha
dibuat supaya bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi. Tetapi ejaan rumi Melayu
di Malaya berbeza dengan Bahasa Indonesia.
Secara rasminya bahasa Melayu di Hindi Belanda menjadi
Bahasa Indonesia ialah pada tahun 28 Oktober 1928 melalui Sumpah Pemuda.
Berpisah
Sementara bahasa Melayu di Malaya menjadi Bahasa Malaysia
pada 16 September 1963. Dengan ejaan berbeza, ia semakin berpisah jauh. Maka
apa yang disebut sebagai bahasa Melayu adalah bahasa Melayu di Thailand dan
Brunei yang menggunakan tulisan jawi.
Oleh kerana Singapura pada mulanya negeri dalam Malaysia,
maka ia juga menggunakan Bahasa Malaysia. Hanya apabila ia berpisah daripada
Malaysia pada tahun 1965, bahas a sana dikenali semula sebagai bahasa Melayu.
Tetapi tulisannya menggunakan kaedah rumi Bahasa Malaysia.
Selepas Konfrontasi dan semasa pemerintahan Presiden Suharto
dan Perdana Menteri Tun Razak, terdapat perasaan jelas bahawa kedua-dua bahasa,
Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia tidak wajar dibiarkan hanyut semakin
berpisah jauh.
Maka pada 16 Ogos 1972, ejaan kedua bahasa diseragamkan.
Komitmen penyeragaman ejaan ini menunjukkan bahawa kedua bahasa mahu disatukan.
Maka ejaan rumi diseragamkan ini turut diikut serta oleh bahasa Melayu di
Thailand, Singapura dan Brunei yang melihat Kuala Lumpur sebagai paksi
bahasanya.
Kepentingan bahasa Belanda yang semakin berkurangan di
Indonesia dan digantikan dengan bahasa Inggeris menyebabkan Bahasa Indonesia
mengikut jejak Bahasa Malaysia dalam mengambil istilah-istilah yang asalnya
dari bahasa Inggeris. Dominasi Amerika Syarikat ke atas Indonesia dan
kemunculan teknologi maklumat akhirnya akan merapatkan lagi bahasa Malaysia dan
Indonesia.
Bahasa Malaysia juga banyak mengambil istilah Bahasa
Indonesia yang asal-usulnya dari Sanskrit seperti wisma, siswa dan pustaka.
Nama tempat di Malaysia juga ada yang asalnya Sanskrit seperti Titiwangsa,
Mahameru, Suria dan Damansara. Istilah Sanskrit dan Arab amat dekat dengan
lidah bahasa Melayu.
Bahasa Malaysia juga tidak keberatan mengambil perkataan
Indonesia yang asalnya dari Belanda seperti organisasi dan prestasi.
Masa depan cerah bagi Bahasa Malaysia terletak pada
penyatuan semua bahasa Melayu. Baik dengan Bahasa Indonesia mahupun dengan
bahasa Melayu di Thailand, Singapura dan Brunei.
Seperti kata cogan jata kedua-dua negara : Bersekutu Bertambah
Mutu dan Bhineka Tunggal Ika, dalam bahasa Sanskrit bermaksud Perpaduan dalam
Kepelbagaian.
Sememangnya terdapat banyak perbezaan di antara kedua
bahasa. Tetapi dengan sentiasa mencari jalan supaya kedua bahasa semakin
mendekat, maka itulah masa depan bahasa kita.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Ini pasti Tulisan “copas” dan tahukah Anda bahwa sejumlah pernyataan dalam Tulisan ini adalah tidak benar, contohnya ini : “
BalasPadamPerbezaan antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia adalah antara lainnya kecenderungan penggunaan perkataan yang asal-usulnya berbeza. Bahasa Indonesia cenderung menggunakan perkataan yang asalnya daripada bahasa Sanskrit. Sementara Bahasa Malaysia dari bahasa Arab.”
Mari kita buktikan, coba Anda bandingkan, berapa banyak kata dari Bahasa Arab yang terdapat dalam karya tulis tersebut dengan daftar Kata Sansekerta berikut ini yang terdapat dalam seluruh Artikel yang Anda “copas” itu.
- Antara
- Asal
- Bahasa
- Baru
- Cara
- Cuma
- Dan
- Dalam
- Dapat
- Dua
- Duduk
- Guna
- Ikut
- Jabat
- Jadi
- Jalan
- Jata
- Juga
- Karena
- Kembang
- Kuat
- Kutu
- Lain
- Menteri
- Merdeka
- Muda
- Mula
- Negara
- Perdana
- Perintah
- Pisah
- Ragam
- Rasa
- Semua
- Serta
- Sumpah
- Supaya
- Tambah
- Tulis
- Tutur
- Usaha
Lalu mengenai paragraf ini, “Maka istilah kantor, kamar dan koran yang asalnya Belanda menjadi perkataan dalam Bahasa Indonesia. Sedangkan di Malaysia, ia menggunakan istilah pejabat, bilik dan akhbar.” Ada hal yang perlu diluruskan, yakni : meskipun Malaysia menggunakan istilah “pejabat”, “bilik” dan “akhbar” namun hal ini tidak menguatkan pernyataan awal bahwa Malaysia lebih banyak menyerap Bahasa Arab dan lebih sedikit menyerap Bahasa Sansekerta dibandingkan Indonesia mengingat kata “pejabat” aslinya merupakan Bahasa Sansekerta. Kata “Bilik” tetap digunakan di Indonesia, yakni merujuk pada “ruangan yang lebih kecil dari kamar”, dengan demikian : di dalam suatu kamar bisa terdapat bilik dan adalah mustahil suatu bilik memiliki kamar.
Bukti lainnya bahwa Malaysia sepertihalnya Indonesia juga kuat dipengaruhi oleh Bahasa Sansekerta adalah kalimat “Bersekutu Bertambah Mutu”, coba tebak akar kata-kata tersebut asalnya darimana? :p
KESIMPULAN
1. Berdasarkan perbendaharaan kata dalam Karya Tulis tersebut maka Malaysia juga sama kuat dipengaruhi oleh Bahasa Sansekerta (entah itu Budha maupun Hindu) seperti halnya Bahasa Indonesia.
2. Katakanlah dulu proses Islamisasi tidak berlaku di Indonesia dan hanya terjadi di Malaysia, maka Karya Tulis ini sangat kuat dipengaruhi oleh Bahasa Sansekerta yang dipakai di India dan Indonesia.