PUTRAJAYA : Kerajaan akan
memperkenal pendekatan baharu bagi meningkatkan penyertaan masyarakat menimba
ilmu pengetahuan termasuk memberi peluang kepada mereka yang mendapat kelulusan
minimum satu kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan
pelajaran di Kolej Komuniti.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itutermasuk memendekkan tempoh
pengajian untuk Sijil Kolej Komuniti (SKK) Terusan atau Jangka Panjang daripada
24 bulan kepada minimum 16 bulan, selain jumlah sijil yang ditawarkan juga
ditambah daripada empat pada tahun lalu kepada 11 pada tahun ini.
"Selain Sijil Kolej Komuniti
Terusan dan Modular, Sijil Kolej Komuniti Kemahiran Khas turut dilaksanakan
khusus kepada pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti pekak dan
bisu.
"Jika sebelum ini hanya
Kolej Komuniti Selayang menawarkan Sijil KemahiranKhas dalam bidang
perkhidmatan perhotelan, pada tahun 2013 lima buah Kolej Komuniti lagi akan
terlibat menawarkan Sijil Kemahiran Khas ini dalam bidang-bidang seperti
teknologi maklumat, fotografi, fesyen dan pakaian, pemprosesan makanan dan
pastri," katanya.
Beliau berkata demikian semasa
menyampaikan Amanat Tahun Baru Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa.
Mohamed Khaled berkata bantuan
kewangan turut diberikan kepada individu layak melalui Tabung Pinjaman Pelajar
(TPP), iaitu bagi Sijil Kolej Komuniti Terusan dan pelajar daripada keluarga
berpendapatan kurang RM3,000 sebulan layak menerima bantuan RM300 sebulan.
Bagi pelajar dengan pendapatan
keluarganya melebihi RM3,000 sebulan juga boleh mendapat kemudahan dalam bentuk
pinjaman RM300 sebulan sepanjang pengajian.
Bagi pelajar Sijil Kolej Komuniti
Modular pula, Mohamed Khaled berkata mereka yang layak boleh memohon
mendapatkan wang saku RM250 sebulan.
Sementara itu, bagi menggalakkan
individu bekerja menyambung pengajian mereka, permohonan kemasukan Pengkreditan
Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)) turut dibuka mulai 1
Februari ini.
"Inisiatif ini pastinya akan
memikat golongan bekerja untuk belajar semulaapabila APEL mengiktiraf
pengalaman kerja mereka sebelum ini dan boleh diambilkira sebagai syarat untuk
menyambung pengajian di peringkat Sijil dan Diploma,"katanya. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan